Pengumuman

September 22nd, 2007 by reezwan

Blog ni ditamatkan disini sahaja… segala entry baru di sini

Sekian, Terima Kasih.

Photoshop tutorial : Baiki gambar underexposed (gelap)

August 28th, 2007 by reezwan

Mm hari ni ade mood nak share tips photoshop kat korang, tadi baru aku terima gambar ni dari hariz so didapati gambarnye gelap (underexposed org photography panggil) kalau korang ade masalah camni, ade cara mudah dgn hanya menggunakan photoshop. Cara yg terlalu simple dan efektif :). Contoh ini menggunakan gambar yg hariz bagi dan Photoshop CS3 (apa2 versi photoshop turut bleh digunakan).

Underexposed

Tutor1_1

Lagkah 1 : Ctrl + J utk duplicate layer gambar tersebut. Atau siapa yang mahir ngan photoshop bleh gak duplicate melalui layer bar. Hasil adalah seperti bawah gambar telah duplicate ke layer baru.

Tutor2

Dapat diperhatikan blend mode adalah pada normal.. just tukar kepada Screen dan ubah opacity sehingga dapat hasil yang memuaskan hati anda seperti kat bawah ni :

Tutor3

dan hasilnya adalah seperti berikut :)

Tutor4

Mudahkan? utk gambar yang terlalu terang pula (overexposed), step yg sama tetapi blend mode pilih multiply :) Selamat mencuba… berjumpa lagi dlm tips2 akan dtg..InsyaAllah.

Minggu Konvokesyen…

August 11th, 2007 by reezwan

Tahniah diucapkan  kepada rakan-rakan FTSM yg meraikan hari konvokesyen masing-masing pada 12hb, 14hb dan 15hb. Hehe kepada hawe tu esok mesti vogue gile ngan baju merah cair yg ditempahnya haha.

Img_1794_4

Anyway thx temankan aku shopping baju seed ni.  Haha no choice dh lewat mlm sangat bershopping :p aku bedal je anyway menarik gak la bagi aku, nice ;)… Haha aku akan rasmikan baju ni utk hari graduasi ko.

Kepada yat aku dh try sms n call ko pagi tadi, tapi ko x angkat or balas pon, yg peliknya ko anto sms aku x angkat call? huhu maxis fault kot…papepon sorry x dpt makan satay seperti yang dijanjikan. Esok insyaAllah amik gambo ngan korang bnyk2 hehe…

Aku Mahu Pulang.

July 25th, 2007 by reezwan

Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan

Berikan ku masa, mencuci dosa
Aku kan pulang, menebus usia
Di musim berlalu, sepi memburu
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu

Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan, menjadi pegangan
Menjadi buruan

Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa

Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya
Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia

Gelap malam..
Pasti terang
Sang mentari
Pasti datang
Kesesatan
Perjalanan
Rahmat tuhan
Menentukan

Perisian waktu solat percuma berbahasa melayu…

July 20th, 2007 by reezwan

hmm…aku terjumpa page ni…quite handy gak software org ni developed.

get ur free copy at : http://www.geocities.com/zulsaleh/

goodbye digi yellowman

July 17th, 2007 by reezwan

Ycf

hmm drp news aku dpt dari kawan :) .. digi amik keputusan tidak menggunakan yellowman lagi.. taktau la kenapa digi buat keputusan begitu kerana aku merasakan that cute yellowman as the best marketing strategy yg digi ade. Hehe adekah pasal isu lagu “I will follow you” yg digunakan or celcom giant parody baru2 ini.. kalau korang peratikan dlm website digi pon org kuning pon sudah dihapuskan.. nntikan advertisement baru dari digi x lama lagi …  hehe walaupun aku bukan pengguna digi.. hehe aku turut merasakan kehilangan org digi nih… hehe bye2 yellowman….

Lima cara pilih sahabat

July 1st, 2007 by reezwan

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia sukamencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasaterharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia sukamenghitung-hitungkan dan menyebutnya.

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasaterharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenaikeburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakansesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkauberselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

wallahua’lam

(text copy dari my PA blog hahha)

“budaya malu”

July 1st, 2007 by reezwan

Luqman Al-Hakim berkata:"Pada suatu
hari aku berdiri di pinggir kebun
gandum dan mengamati tanamannya. Ada
tangkai tanaman yang tegak berdiri
dengan sombongnya, dan ada pula yang
menundukkan diri malu. Setekah melihat
tangkai-tangkai itu aku merasa
hairan.Tangkai yang tegak berdiri
ternyata kosong, sedangkan yang
menunduk adalah padat berisi.

Aku berkata: ‘Ternyata budaya malu
tidak dimiliki tangkai yang mengangkat
kepala.Ia kosong tidak berisi."

- thanks to my PA..hehe

Kisah dan pengajaran….Sa’labah bin Hatib

July 1st, 2007 by reezwan

Pada zaman Rasulullah, ada seorang lelaki bernama Sa’labah bin Hatib. Pekerjaannya ialah
mengembala kambing. Kehidupannya cukup sederhana dan beliau seorang yang taat menunaikan ibadah dan selalu solat berjemaah bersama Rasulullah. Namun demikian, Rasulullah amat hairan melihat kelakuan Sa’labah. Setiap kali selesai solat dia segera bangkit dan pulang ke rumahnya. Padahal jemaah lain masih duduk berzikir dan berdoa bersama Rasulullah. Pada suatu hari, Rasulullah bertanya kepada Sa’labah."Hai Sa’labah, mengapa engkau sangat cepat bangkit dari dudukmu apabila selesai menunaikan solat bersama kami?".

Sa’labah menjelaskan kepada Rasulullah, bahawa beliau hanya mempunyai sehelai kain sahaja untuk solat. Oleh itu beliau perlu cepat kembali kerumah supaya kain yang dipakainya itu pula dipakai pula oleh isterinya untuk solat. Walau bagaimanapun, di sebalik ketaatannya itu, Sa’labah ada menyimpan sedikit perasaan ingin menjadi kaya. Perasaan ingin kaya ini telah lama dipendam oleh Sa’labah didalam hatinya. Maka pada duatu hari, Sa’labah berjumpa Rasulullah dan beliau mangharapkan agar Rasulullah mendoakan kepada Allah supaya beliau beroleh kekayaan atau rezeki yang banyak.

Mendengar permintaan Sa’labah itu, Rasulullah memandangnya dengan penuh kehairanan, lalu baginda bertanya, "untuk apa rezeki yang banyak itu wahai Sa’labah? Menurut pendapatku, lebih baik rezeki sederhana yang diberikan Allah daripada rezeki yang banyak tetapi menyusahkan kita kelak!", hujah Rasulullah. Sa’labah terdiam. Dia tidak menjawab pertanyaan Rasulullah itu. Dalam diamnya itu nafsu ingin kaya yang sudah lama tertanam dihatinya bukan semakin berkurang, tetapi semakin menjadi-jadi.

Tidak lama selepas itu, Sa’labah menyampaikan permohonannya lagi kepada Rasulullah.
permintaannya kali ini disertai dengan alasan yang lebih kuat, antara lain Sa’labah berkata; "Kalau aku kaya kelak, kaum miskin dan melarat akan kuberi bantuan secukupnya, akan ku dirikan hospital, membangunkan rumah-rumah ibadah. Pendek kata, segala harta yang dikurniakan akan digunakan sebaik-baiknya demi keredhaan Allah," Mendengar ucapan Sa’labah yang bersunguh-sunguh itu maka Rasulullah mendoakan kepada Allah agar Sa’labah dikurniakan-Nya dengan harta yang banyak.

Allah memakbulkan permintaan hamba dan Rasul-Nya. Rezeki Sa’labah makin bertambah. Kambing Sa’labah makin membiak dengan banyaknya. Semenjak kekayaanya bertambah, ibadatnya pun semakin berkurangan. Solat berjemaah tidak lagi dihadirinya. Ini disebabkan ia terlalu sibuk menguruskan kambing-kambingnya yang sudah ribuan banyaknya. Dulu sebelum beroleh harta kekayaan Sa’labah pernah berjanji kepada Rasulullah bahawa dia ingin menggunakan segala kekayaanya itu untuk berjuang ke jalan Allah tetapi dia tidak menepati janji.

Rasulullah sering juga bertanya akan perihal Sa’labah kepada kawan-kawannya. Orang ramai menerangkan kepada Rasulullah bahawa Sa’labah keadaannya semakin teruk kerana beliau amat kedekut, bukan sahaja kedekut kepada orang lain bahkan kedekut kepada dirinya sendiri.

Pada suatu hari turunlah ayat mewajibkan zakat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Maka perintah zakat itu segera disampaikan oleh Rasulullah kepada segenap umat islam yang mampu tidak terkecuali Sa’labah. Ketika utusan Rasulullah sampai ke rumah Sa’labah, beliau tidak mempercayai utusan itu bahkan mencurigai Rasulullah sendiri. Padanya itu hanya peraturan Rasullullah kerana cemburu disebabkan kambingnya yang banyak yang mesti dizakatkan dan bukannya perintah Allah.

Sa’labah tidak memperdulikan kata-kata utusan Rasulullah. Dia masih juga tidak mahu membayar zakatnya kerana disangkanya perintah menunaikan zakat itu adalah ciptaan Rasullullah sendiri. Maka utusan Rasullullah itu keluar dari rumah Sa’labah dengan perasaan hampa. Sedangkan apabila meminta pada orang kaya yang lain, mereka (orang kaya) memberikan zakat ternakan mereka dengan senang hati. Begitulah sifat Sa’labah setiap kali utusan Rasulullah datang. Ada-ada sahaja helah dan alasan yang dikemukakannya untuk mengelakkan dari membayar zakat. Pada masa itu, turunlah Firman Allah dan akhirnya dimaktubkan di dalam surah Al-Baqarah, ayat 75-78 yang bermaksud:

"Diantara mereka, ada yang berjanji kepad Allah. Sekiranya aku diberi rezeki yang banyak,
aku akan banyak memberi sedekah, aku akan menjadi orang yang soleh. Tetapi, setelah
mereka memperolehi rezeki yang berlimpah ruah lalu mereka menjadi orang yang bakhil dan berpaling dari janjinya. Akhirnya mereka ditimpa penyakit munafik pada hari di mana mereka itu kembali kepada Allah disebabkan mereka mengingkari janjinya sendiri dan disebabkan
kebohongan mereka. Apakah merek tidak tahu, bahawa Allah itu Maha Mengetahui segala
rahsia dan apa yang tersirat dalam hati mereka dan bahawa Allah itu mengetahui segala
perkara ghaib?"

Salah seorang daripada sahabat Sa’labah yang mengetahui turunnya ayat itu segera memberitahunya. Kata sahabat Sa’labah tersebut:  "Berhati-hatilah engkau. Apakah kambing-kambingmu yang banyak itu akan engkau bawa kemati? Dahulu engkau telah berjanji kepada Allah dan bukan hanya kepada Nabi Muhammad! Sa’labah sahabatku, zakat yang diminta oleh utusan Rasulullah itu bukanlah untuk baginda dan bukan pula baginda yang mengadakan hukum zakat itu". Mendengar penjelasan sahabatnya itu, membuatkan Sa’labah menjadi sedar akan kesalahan dan keangkuhannya selama ini. Sa’labah bukan sahaja insaf, malah dia merasa takut yang amat sangat.

Tanpa berkikir panjang lagi. Sa’labah pergi kepada Rasulullah dengan membawa berpuluh-puluh ekor kambing untuk dizakatkannya. Tetapi Rasulullah hanya menggelengkan kepala sambil mengatakan bahawa baginda tidak menerima zakat itu, bahkan pintu zakat sudah tertutup bagi Sa’labah. Mendengar jawapan tersebut Sa’labah menangis sekuat-kuat hatinya. Dia memukul-mukul kepalanya seperti perbuatan orang gila.

Dengan perasaan yang amat kecewa, takut dan malu yang amat sangat. Sa’labah kembali ke rumahnya dengan membawa kambing-kambingnya itu. Dalam hatinya penuh dengan penyesalan. Usaha sa’labah hendak menyerahkan zakat ternakannya tetap gagal. Hinggalah ke zaman pemerintahan Khalifah Osman bin Affan iaitu selepas kewafatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Beliau tetap dalam keadaan takut, kecewa dan menyesal kerana zakatnya tidak diterima lagi sedangkan ancaman Allah sudah turun yang ditujukan kepada orang-orang yang enggan membayar zakat.

Peristiwa keingkaran Sa’labah ini menjadi sebab turunnya salah satu ayat Al-Quran untuk
mengingatkan manusia dan sebagai pengajaran kepada umat di akhir zaman, supaya jangan menjadi orang kaya kedekut seperti Sa’labah. Ingatlah, segala kekayaan yang dipinjamkan kepada kita di dunia adalah dari ehsan Allah. Jadi apalah salahnya kita menyalurkan pula kepada mereka yang amat memerlukannya

Pengembara dan keldai….

July 1st, 2007 by reezwan

Pada suatu masa dahulu, disebuah desa ada seorang ayah dan anaknya pergi mengembara dengan seekor keldai. Menurut riwayat, ayah itu pergi memegang tali keldai manakala anaknya pun menunggang keldai sampai di sebuah kmpung, terserempak mereka dengan pemuda-pemuda kampung tersebut. Maka pemuda itu berkata dan mengutuk "aperla punya anak.dia muda n sihat..tp membiarkan ayahnya yg tua itu berjalan". Maka ayah dan anak itu tadi berhenti terasa dengan komen pemuda tadi. Mereka berbincang dan mengambil keputusan si anak berjalan dan si ayah menunggang dan meneruskan perjalanan hingga tiba ke satu perkampungan.

Disitu mereka terserempak dengan sekumpulan wanita kampung. Perempuan-perempuan tadi berbisik "aper punya bapa ni biar anaknya yg kecil tu berjalan dia yg dah besar, naik keldai". Kemudian ayah dan anak terasa lagi. "Isk x leh jadi nih.." jadi mereka pon berbincang. Bincang punya bincang mereka pon sepakat, dua-dua berjalan kaki menarik keldai bergilir-gilir sehingga sampai ke kampung seterusnya.

Tiba di kampung tersebut, terdapat org ramai di kawasan kampung tersebut, kali ini org kg itu berkata "kenapa la ayah dan anaknya ini b*d*h, ada keldai x nak ditunggang sedangkan keldai itu kerjanya membawa beban". Termanggu ayah dan anak sekali lagi, sekali lagi mereka berbincang dan kali ini dua-dua beranak ini naik ke atas keldai dan meneruskan perjalanan.

Kini tiba la ke kampung yang terakhir, maka mereka terserempak dengan org2 kg dan mereka pon berkata "tgk itu ayah dan anak, kesian keldai itu dah la berat ditunggangnya berdua".. kebingungan ayah dan anak… hehe kesimpulannya dan pengajaran pikir sendiri….

(Hasil nukilan T :) , sumber tidak diketahui tapi sesuai utk bedtime story hehe)